99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Iran Sanggup Bekalkan Tenaga kepada Eropah

(CRI)Rabu 07 September 2022

Sekiranya Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatannya, maka Iran bersedia membantu memenuhi permintaan tenaga di Eropah.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani dalam sidang media pada Isnin.

Nasser Kanaani berkata bahawa Iran kaya dengan sumber minyak dan gas asli, manakala negara-negara Eropah kini menghadapi masalah kekurangan bekalan sumber tenaga.

Oleh itu, katanya, sekiranya rundingan tentang penyambungan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berhubung isu nuklear Iran dapat mencapai kemajuan positif dan sekatan terhadap negaranya ditarik balik, Iran boleh memenuhi sebahagian besar permintaan tenaga di Eropah.

Tambah beliau bahawa pembatalan sepenuhnya sekatan terhadap Iran adalah sasaran utama Iran dalam rundingan pada masa ini.

"Sekiranya AS mempunyai keinginan politik dan mengambil tindakan yang bersikap membina, persetujuan untuk menyambung semula pelaksanaan JCPOA akan dapat dicapai." ujar beliau. 

Gaya Hidup