99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekonomi China, Penggerak Utama Pemulihan Ekonomi Dunia

(CRI)Jumaat 09 September 2022
Ekonomi China, Penggerak Utama Pemulihan Ekonomi Dunia

Data Pentadbiran Kastam China pada Rabu menunjukkan jumlah import dan eksport China mencapai RMB27.3 trilion(RM17.68 trilion) dalam lapan bulan pertama tahun ini, meningkat 10.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Antaranya, eksport meningkat sebanyak 14.2 peratus, manakala import pula meningkat 5.2 peratus.

Berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi global yang bergerak perlahan dan permintaan luar yang semakin lemah, pertumbuhan perdagangan luar China yang kekal stabil dianggap hasil yang susah tercapai. Antaranya, perusahaan swasta merupakan penyumbang penting dalam perdagangan luar negara ini yang memperlihatkan prestasi menonjol.

"Sejak tahun ini, produk syarikat ini laris dijual. Tempahan dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS) amat banyak dan sudah dibuat hingga bulan Oktober pada masa ini," kata seorang usahawan China dalam bidang industri automotif.

Dalam lapan bulan pertama tahun ini, import dan eksport perusahaan swasta China menokok RMB13.68 trilion(RM 8.86 trilion) dengan meningkat 14.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, 4.8 peratus lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keseluruhan negara, dan menyumbang 50.1 peratus kepada jumlah perdagangan luar di negara ini. Perusahaan swasta China memperlihatkan kedinamikan dalam usaha membangunkan produk baharu, meneroka pasaran baharu, mewujudkan transformasi dan penaiktarafan digital serta merintis jalan baharu dalam e-dagang rentas sempadan.

Selain itu, perdagangan luar China juga dirancakkan oleh susun atur pasaran yang pelbagai di negara ini. Dalam lapan bulan pertama tahun ini, import dan eksport China kepada rakan dagang utama seperti ASEAN, Kesatuan Eropah(EU) dan AS masing-masing meningkat sebanyak 14 peratus, 9.5 peratus dan 10.1 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala, import dan eksport terhadap negara-negara yang terlibat dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 20.2 peratus, dan meningkat 7.5 peratus terhadap 14 anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), turut menampilkan dividen dasar RCEP.

Walaupun situasi luaran semakin rumit dan mencabar, namun trend pertumbuhan ekonomi mampan kekal berterusan di China. Ekonomi China akan terus menjadi penggerak utama dalam pemulihan ekonomi dunia. 

Gaya Hidup