99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hasil Pembangunan Sumber Air China Lakar Sejarah

(CRI)Selasa 13 September 2022

Keberhasilan usaha pelestarian sumber air China melakar sejarah dalam tempoh sedekad lalu, menyaksikan pelaksanaan banyak projek penting yang menyumbang kepada pembangunan jangka panjang dan kesejahteraan rakyat.

Demikian dinyatakan Menteri Sumber Air China, Li Guoying dalam taklimat media yang berlangsung hari ini.

Dalam pada itu, kejayaan utama dapat dilihat dari segi usaha menangani bencana banjir dan kemarau, jaminan keselamatan air minum di kawasan luar bandar, pembaharuan penggunaan dan pengoptimuman peruntukan sumber air, pemuliharaan sungai dan tasik serta tadbir urus sumber air.

Apabila berdepan kemarau paling teruk di lembangan Sungai Yangtze sejak 1961, kompleks takungan air di lembangan itu beroperasi secara bersepadu bagi menangani bencana secara bersasar.

Usaha berkenaan berjaya menjamin keperluan air minum lebih 13.8 juta rakyat serta pengairan untuk 1.9 juta hektar tanaman yang bakal dituai pada musim luruh.

Gaya Hidup