99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

SCO Suntik Tenaga Positif kepada Kedamaian dan Kemakmuran Dunia

(CRI)Isnin 19 September 2022
SCO Suntik Tenaga Positif kepada Kedamaian dan Kemakmuran Dunia

'Semangat Shanghai', nadi Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), harus dikekalkan sebagai pedoman asas pertubuhan tersebut.

Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping semasa menyampaikan ucaptama dalam mesyuarat ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara SCO pada Jumaat.

Melalui perkembangan selama 21 tahun, SCO muncul sebagai pertubuhan kerjasama serantau yang meliputi kawasan paling luas dan populasi paling ramai di dunia. Ia turut menyaksikan beberapa negara menjadi anggota dan rakan dialognya pada tahun ini.

Pengalaman itu sekali gus memperlihatkan ‘semangat Shanghai’ yang menjunjung rasa saling percaya, saling menguntungkan, kesamarataan, permuafakatan, dan menghormati kepelbagaian tamadun serta mengejar pembangunan bersama.

Dengan menjunjung kesalingpercayaan politik, kerjasama saling menguntungkan, kesamarataan, keterbukaan dan keterangkuman serta keadilan, SCO takkan menjadi blok politik yang membangkitkan konfrontasi ideologi atau melakukan amalan membuli, sebaliknya sentiasa menghormati kepentingan teras dan jalan pembangunan satu sama lain.

'Semangat Shanghai' memperlihatkan multilateralisme jitu, menghormati kepelbagaian tamadun dan mengejar pembangunan bersama.

Prof dari Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Qatar, Kheir Diabat berpendapat, 'semangat Shanghai' yang ditekankan Presiden Xi memperlihatkan prinsip damai, saling percaya dan kerjasama yang dipertahankan negara anggota SCO. Konsep itu sangat menarik, sehingga semakin banyak negara menzahirkan hasrat untuk menyertai pertubuhan tersebut.

Dalam sidang kemuncak SCO kali ini, lebih 40 dokumen diluluskan yang merangkumi banyak aspek termasuk ekonomi, sains dan teknologi, sosiobudaya, pembangunan mekanisme dan hubungan dengan dunia luar.

Di samping itu, empat kenyataan penting telah disiarkan berkaitan usaha memelihara keselamatan tenaga dan makanan antarabangsa, menangani perubahan iklim dan menjamin kestabilan dan kepelbagaian rantaian bekalan.

Ia turut memaparkan kesungguhan SCO untuk menangani krisis dan cabaran global, jauh berbeza dengan negara dan blok yang semata-mata mencetuskan perpecahan dan krisis di dunia.

Berpandukan 'semangat Shanghai', SCO nescaya menjadi penstabil kepada keselamatan serantau, dan memberi sumbangan lebih besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Gaya Hidup