- Lain-lain
Negara Luaran Diharap Hormati Usaha Pelihara Kedamaian dan Kestabilan Laut China Selatan
(CRI)Isnin 26 September 2022
China menyokong kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara di Laut China Selatan mengikut perundangan antarabangsa.
Demikian ditekankan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Jumaat, susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan rakan sejawatnya dari Filipina berhubung perairan tersebut.
Kata beliau, tidak terwujud apa-apa pun masalah berhubung pelayaran dan penerbangan secara bebas di Laut China Selatan sejak sekian lama. China akan terus menangani perselisihan pendapat maritim dengan Filipina, di samping memelihara kedamaian dan kestabilan serantau dengan ASEAN. Negara luaran diharap menghormati usaha negara rantau ini demi tujuan damai.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang