99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Seru Wujudkan Persekitaran Perdagangan dan Perlaburan yang Adil, Terbuka, Tanpa Diskriminasi

(CRI)Isnin 26 September 2022

Mesyuarat Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (TIIMM) G20 diadakan di Indonesia pada 22 hingga 23 September.

Para hadirin mengadakan perbincangan berhubung topik-topik yang melibatkan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), pembangunan mapan dipacu sistem perdagangan pelbagai hala, kaedah membendung pandemik COVID-19, perdagangan digital dengan rantaian nilai global, pelaburan lestari dan industri 4.0.

Pihak China dalam mesyuarat itu menyatakan, G20 perlu menerajui pelaksanaan hasil yang dibuahkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri ke-12 WTO bagi mendorong pembaharuan pertubuhan tersebut mencapai kemajuan substantif.

China komited berusaha bersama dengan anggota G20 yang lain, melibatkan diri dalam pembaharuan WTO, mendorong pencapaian matlamat pembangunan mampan berdasarkan sistem perdagangan pelbagai hala.

China menegakkan konsep pembangunan baharu yang inovatif, selaras, mesra alam, terbuka dan berkongsi, di samping berusaha untuk memupuk perkongsian perkembangan hijau, dan menjalankan kerjasama pelaburan antarabangsa bagi mendorong pembinaan bersama yang mesra alam dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Sementara itu, China menjunjung konsep pembentukan Komuniti Sanitasi dan Kesihatan Sesama Insan, menjalankan kerjasama dengan lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa dalam bidang vaksin dengan harapan agar G20 terus memperkasa kerjasama bagi mendorong perkembangan dalam bidang sanitasi dan kesihatan awam global.

China juga giat mendorong perkembangan dalam bidang perindustrian teknologi digital dan pendigitalan industri serta memperkasa kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi digital.

Pelbagai pihak diseru menolak pelaburan yang diputarbalikkan dan amalan perlindungan dalam sebarang bentuk bagi mewujudkan persekitaran perdagangan dan perlaburan yang adil, terbuka dan tanpa diskriminasi.

Gaya Hidup