- Lain-lain
Lancar Perang Tarif, Ibarat 'Tembak Kaki Sendiri'
"Tarif menyasar China telah gagal dalam segenap aspek seperti ekonomi, politik dan undang-undang."
Seperti yang dinyatakan dalam laporan The Hill, diakui bahawa perang tarif yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) menyasar China mengalami kekalahan.
Padahal, kegagalan itu sudah pun ditentukan di saat-saat bermulanya.
Berlarutan selama empat tahun, perang tarif diibaratkan seperti ‘menembak kaki sendiri’ apabila AS perlu menanggung sendiri lebih 90 peratus kos tarif dalam perang perdagangan menyasar China.
Pada masa sama, perhitungan politik AS juga menjadi sia-sia.
Dalam tempoh itu, China mempergiat usahanya dalam membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, manakala kitaran domestik dan antarabangsa saling menggalakkan.
Selain itu, China juga berjaya menjaga maruah negara dan mempertahankan kepentingan teras, serta lebih berinisiatif dalam pembangunan dan keselamatan.
Dari segi undang-undang pula, pihak AS turut dipersoalkan.
Negara itu mengenakan tarif ke atas China di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974.
Peruntukan itu memberi kuasa kepada wakil perdagangan untuk memulakan siasatan terhadap negara lain dan mengesyorkan Presiden AS untuk mengenakan sekatan unilateral kepada pihak berkenan.
Ia mencemari asas multilateral Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), sekali gus dikritik hebat masyarakat antarabangsa.
AS kalah teruk dalam perang tarif. Ia turut menguji sama ada pentadbiran Presiden Joe Biden sanggup ataupun tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada kegagalan tersebut.
Perlu disedari bahawa perbuatan yang bertentangan dengan akal ekonomi dan peraturan pasaran takkan jadi.
Perbuatan AS membiarkan dasar terhadap China dipandu kononnya ‘ketepatan politik’ tidak sedikit pun membantu mengatasi permasalahan sendiri.
Tiada keberanian membatalkan tarif tambahan hanya untuk menunjukkan ‘keras terhadap China’, ia merupakan perbuatan yang suntuk akal kerana bakal membahayakan kepentingan diri sendiri dan kesejahteraan rakyat.
Dibuktikan bahawa amalan membuli pasti menemui kebuntuan dalam hubungan antarabangsa.
Lebih penting lagi, pihak AS mesti memandang tepat pembangunan China.
Sudah jelas terbukti bahawa China dan AS dapat saling untung jika bekerjasama, dan sebaliknya akan rugi jika bersengketa.