- Lain-lain
Rakyat Jadi Tuan Negara Berkat Demokrasi Sepanjang Proses
Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) membuka tirai pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 menyampaikan laporan telah membentangkan ciri-ciri dan kelebihan demokrasi rakyat seluruh proses dengan menyeluruh, menunjukkan hala tuju untuk China membangunkan politik demokrasi sosialis pada era baharu.
Apa erti “demokrasi rakyat seluruh proses”? Ia merupakan ciptaan yang unggul dalam usaha PKC menyatupadukan dan memimpin rakyat mengejar, membangunkan dan mewujudkan demokrasi. Inti pati demokrasi rakyat seluruh proses adalah demokrasi sosialis yang dinikmati semua rakyat China.
Model demokrasi ini telah menggabungkan aktiviti termasuk pemilihan, permesyuaratan, pembuatan keputusan, pengurusan dan pengawasan supaya segenap pautan yang merangkumi kehidupan politik dan sosial dapat mendengar suara rakyat dan menggambarkan hasrat rakyat. Model demokrasi yang melibatkan seluruh rantaian, segenap aspek dan semua rakyat ini memastikan rakyat China benar-benar menjadi tuan negara.
Sistem kongres rakyat merupakan jaminan institusi terhadap demokrasi rakyat seluruh proses. Manakala demokrasi permesyuaratan adalah cara istimewa dalam politik demokrasi sosial China. Tambahan pula demokrasi akar umbi menjadi batu asas penting bagi demokrasi rakyat seluruh proses. Demokrasi bukan hiasan, bukan digunakan untuk hiasan, tetapi untuk menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan oleh rakyat.
Model demokrasi di dunia bukan yang tunggal. PKC akan konsisten membangunkan demokrasi rakyat seluruh proses, memastikan rakyat menjadi ruan negara sekali gus menyumbang kepada perkembangan tamadun politik manusia.