99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

AS Patut Cermin Diri Sendiri

(CRI)Khamis 20 Oktober 2022

China melahirkan kebimbangan serius terhadap perbuatan berbau diskriminasi menyasar kaum minoriti oleh penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Pada sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), wakil China menggesa supaya pihak-pihak terbabit memandang serius masalah perkauman dan diskriminasi ras yang sudah lama wujud, dan melaksanakan sepenuhnya Deklarasi dan Program Aksi Durban (DDPA).

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 229 warga kulit hitam keturunan Afrika dibunuh akibat tindakan kejam polis di AS dalam tempoh setahun selepas berlakunya tragedi kematian George Floyd.

Insiden seumpama masih berulang di AS hingga kini, mencerminkan rasisme sudah berakar umbi dalam masyarakat.

Analisis menunjukkan, kaum minoriti di negara itu hanya diberi perhatian secara simbolik apabila tibanya masa pilihan raya. Si politikus langsung tidak mahu menangani masalah perkauman dari akar umbinya serta mengatasi kelemahan dari segi keinstitusian.

Diluluskan 21 tahun lalu, DDPA menggesa sinergi dibentuk seluruh dunia dalam memerangi perkauman, diskriminasi ras, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan, sekali gus memastikan semua hak asasi dinikmati dengan sepenuhnya.

AS sepatutnya merenung dan meneliti keadaan hak asasi sendiri tatkala bertindak mencampuri urusan dalaman negara lain dengan dalih hak asasi.

Gaya Hidup