- Lain-lain
Hubungan Persahabatan China-Laos Makin Kukuh: Presiden Laos
Laos dan China telah menjalin hubungan persaudaraan yang rapat sejak zaman purba. Selain itu, kedua-dua negara juga saling menyokong dalam perjuangan melawan penceroboh asing, kata Presiden Laos, Thongloun Sisoulith dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
"Sepanjang tempoh pembinaan dalam negeri Laos, kerajaan dan rakyat China sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan kepada Laos." kata Thongloun.
Pada tahun lalu, Laos dan China menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik.
"Kami bersama-sama meninjau kembali perkembangan hubungan antara Laos dan China dari hubungan perkongsian strategik komprehensif jangka panjang dan stabil di bawah panduan ‘Empat Semangat Baik’ pada 2009 kepada komuniti kongsi nasib Laos-China, dan China-Laos pada tahun 2019. " kata Thongloun.
Beliau berkata, kesemua ini telah meletakkan asas yang kukuh bagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang tidak dapat dipecahkan antara kedua-dua negara.