- Lain-lain
Butiran Kes Tembakan di Sekolah Tinggi Didedahkan
Pihak polis tempatan Amerika Syarikat (AS) telah mendedahkan butiran lanjut mengenai kes tembakan yang berlaku di sekolah tinggi St. Louis, Missouri, pada Selasa.
Menurut polis, suspek kes tersebut, Orlando Harris yang berusia 19 tahun, ialah lulusan sekolah itu yang baru menamatkan pengajiannya pada tahun lalu.
Pada 24 Oktober, Harris bersenjatakan senapang AR-15 dan lebih 600 peluru, membunuh seorang pelajar berusia 15 tahun dan seorang guru berusia 61 tahun, serta mencederakan 7 pelajar lain berusia sekitar 15 tahun.
Ketua polis tempatan, Michael Sack berkata, undang-undang senjata api Missouri membenarkan orang ramai membawa senjata api di tempat awam.
Beliau mengakui bahawa adalah amat mudah bagi orang awam untuk mendapatkan senjata api, dan polis tidak boleh berbuat apa-apa sahaja.