99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Canton Fair dan CIIE, Praktik China Mantapkan Landskap Keterbukaan

(CRI)Khamis 27 Oktober 2022

Penganjuran Pameran Import dan Eksport China atau ‘Canton Fair’ serta Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) merupakan praktik sebenar China dalam mendorong keterbukaan bertaraf tinggi dan menggalakkan ekonomi dunia yang terbuka.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas tentang ‘Canton Fair’ edisi ke-132 yang berakhir pada Isnin dan CIIE edisi kelima yang bakal membuka tirai pada awal November.

Wang berkata ‘Canton Fair’ yang digelar jendela keterbukaan China, sudah menjangkau usia 65 tahun dan edisi kali ini menyaksikan pertambahan hampir 10,000 syarikat pempamer berbanding edisi sebelumnya.

CIIE pula merupakan pameran peringkat negara pertama di dunia yang bertemakan pengimportan dan ia berjaya mencapai urus niaga bernilai lebih USD272.2 bilion dalam empat edisinya sebelum ini.

“Sejak kebelakangan ini, globalisasi ekonomi dilanda arus pertentangan apabila sesetengah negara berdegil 'cantas hubungan' dan membina 'halaman kecil berpagar tinggi'.”

“Namun, apabila mendepani lebih banyak cabaran, adalah lebih penting bagi kita mengikut logik perkembangan sejarah dan arus pembangunan sezaman, serta mewujudkan pembangunan lebih berkualiti dalam persekitaran yang lebih terbuka,” kata beliau.

Wang menegaskan bahawa pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia manakala pembangunan dunia juga memerlukan China.

China komited terus mengamalkan dasar pintu terbuka yang saling menguntungkan, di samping menyediakan peluang baharu kepada dunia dan menggalakkan ekonomi dunia yang terbuka demi membawa limpahan manfaat kepada rakyat semua negara.

Gaya Hidup