99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Britain Digesa Tambah Rundingan Akhiri Penjajahannya di Seberang Laut

(CRI)Selasa 08 November 2022

Baru-baru ini, Setiausaha Luar Britain, James Cleverly menyatakan pihaknya dan Mauritius memutuskan menjalankan rundingan mengenai kedaulatan Kepulauan Chagos serta berharap mencapai perjanjian pada awal tahun depan. Manifestasi Britain ini dilihat sebagai selangkah yang penting bagi mendorong penyelesaian persengketaan mengenai kepulauan berkenaan. Kepada Britain yang sudi menjalankan rundingan tersebut, beringatlah pihaknya masih menduduki Kepulauan Malvinas (yang disebut sebagai Kepulauan Falkland oleh Britain) secara haram, dan sepatutnya mengadakan rundingan juga dengan Argentina mengenai kedaulatan kepulauan itu.

Britain pernah antara negara Barat yang mempunyai tanah jajahan paling banyak di seberang laut, dan pernah menceroboh hampir 90% negara di seluruh dunia pada tempoh yang berbeza dalam sejarah.

Kepulauan Chagos yang terletak di kawasan tengah Lautan Hindi, merupakan wilayah asal milik Mauritius. Pada tahun 1965, Britain menetapkan syarat tambahan bagi negara Afrika itu untuk mewujudkan kemerdekaan, iaitu memisahkan kepulauan Chagos dan menjadikannya sebagai "tanah milik Britain di Lautan Hindi " dan mendakwa akan memulangkannya pada masa yang sesuai. Sejak merdeka pada tahun 1968, Mauritius tidak berhenti menyuarakan tuntutan kepada Britain untuk meminta balik kepulauan itu. Namun, Britain bukan sahaja tidak mempedulikan tuntutan itu bahkan melakukan gimik yang macam-macam menyingkir penduduk asli yang menetap di kepulauan tersebut di samping menyokong tentera Amerika Syarikat membina pangkalan ketenteraan di sana.

Sejarah mengenai Kepulauan Chagos amat jelas dan tuntutan Mauritius pun mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Kesediaan Britain untuk mengadakan rundingan berkenaan terutamanya berpunca dari tekanan masayarakat antarabangsa, dan juga peranannya yang semakin menyepi di pentas dunia. Pada masa yang sama, pertentangan domestik Britain makin meruncing juga antara sebabnya.

Selepas berita mengenai rundingan tersebut diumumkan, Argentina sekali lagi menuntut Britain menyambungkan semula rundingan mengenai Kepulauan Malvinas.

Britain digesa memberikan respons positif kepada tuntutan Argentina tersebut agar memulangkan Kepulauan Malvinas kepada Argentina dengan seawal mungkin.

Pada zaman abad ke-21 ini, amalan kolonialisme dan hegemonisme sudah tidak laku lagi. Tibalah masa bagi Britain bertindak melunaskan hutang penjajahannya satu demi satu yang tertangguh berdekad-dekad.

Gaya Hidup