99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kawat Tahniah Xi untuk Sidang Kemuncak Wuzhen WIC 2022

(CRI)Rabu 09 November 2022

Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Sidang Kemuncak Wuzhen Konferensi Internet Sedunia (WIC) 2022 pagi tadi.

Xi menunjukkan bahawa teknologi digital sebagai kuasa perintis dalam revolusi sains dan perindustrian dunia menjadi semakin relevan dengan pelbagai bidang sepanjang proses pembangunan sosioekonomi, dan berperanan mengubahi cara penghasilan, kehidupan dan pentadbiran sosial. Menghadapi peluang dan cabaran dibawa digitalisasi, masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan interaksi, dialog dan kerjasama substantif supaya dapat berganding bahu membentuk ruang siber yang lebih adil, terbuka, inklusif, selamat, stabil dan berdaya dinamik.

Xi menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama pelbagai negara untuk merintis jalan pembangunan digital dalam senario global yang berorientasikan perkongsian sumber digital, ekonomi digital yang rancak, pentadbiran digital yang tepat dan efisien, kebudayaan digital yang makmur, keselamatan digital yang terjamin serta kerjasama digital yang saling menguntungkan. Selain itu, China bersedia untuk membina komuniti berkongsi nasib dalam sektor ruang siber dan menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga bagi pembangunan keamanan dunia dan kemajuan tamadun manusia.

Sidang kemuncak tersebut membuka tirainya di Wuzhen, bandar Tongxiang, provinsi Zhejiang dengan tema utama “bersama membina dunia siber, meneroka masa depan digital: bersama membina komuniti berkongsi nasib ruang siber”.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan