- Lain-lain
Xi Galakkan Pekerja Muda AVIC Menyumbang kepada Perkembangan Industri Penerbangan
Presiden China, Xi Jinping pada Sabtu melalui surat balas kepada anggota 'Skuad Belia Luo Yang' milik Syarikat Kapal Terbang Shenyang di bawah Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC), menggalakkan mereka menyumbang kepada perkembangan industri penerbangan tanah air.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam surat balas itu menzahirkan harapan agar para pekerja muda bersatu padu memperjuangkan pencapaian yang berdikari dalam bidang sains dan teknologi penerbangan sehingga membuahkan hasil dalam pembangunan berkualiti tinggi, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada pembinaan negara sosialis yang moden secara menyeluruh demi kebangkitan nusa dan bangsa China.
Untuk rekod, pada 26 November 2012, Presiden Xi pernah membuat satu arahan yang menyeru semua anggota PKC dan pegawai untuk menginsafi dan mengamalkan nilai dedikasi dan insaniah mendiang Luo Yang, bekas presiden lembaga pengarah dan pengurus besar Syarikat Kapal Terbang Shenyang AVIC yang terkorban sebagai komander di tempat kerja penyelidikan jet pejuang J-15.