- Lain-lain
Bina Pasaran Komoditi Pukal yang Stabil: Xi
Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa keselamatan bahan makanan dan tenaga adalah cabaran paling mendesak dalam pembangunan dunia. Krisis pada masa ini adalah berpunca daripada rantaian bekalan dan kerjasama antarabangsa yang terjejas.
Oleh itu, penyelesaian terbaik adalah pelbagai negara meningkatkan kerjasama dalam penyeliaan pasaran di bawah pengantaraan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membina hubungan rakan kongsi komoditi pukal, membina pasaran komoditi pukal yang terbuka, stabil dan mampan, agar bersama-sama melicinkan rantaian bekalan dan menstabilkan harga pasaran.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Xi ketika berucap dalam mesyuarat fasa pertama Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Bali, Indonesia pagi tadi.
Xi menekankan bahawa masyarakat antarabangsa harus dengan tegas menentang tindakan mempolitikkan, memperalatkan dan mempersenjatakan isu makanan dan tenaga, menarik balik sekatan sepihak, dan menghapuskan sekatan ke atas kerjasama sains dan teknologi yang berkaitan.