99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pemimpin China, AS Patut Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan Dua Hala: Xi

(CRI)Selasa 15 November 2022

Presiden China, Xi Jinping ketika berunding dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Bali hari ini menyatakan bahawa sebagai pemimpin dua negara besar, mereka perlu menggariskan hala tuju yang betul bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Xi menyatakan bahawa hubungan China-AS mencapai kemajuan di samping mengharungi kesukaran sejak penjalinan ikatan diplomatik lebih 50 tahun lalu. Kedua-dua negara juga telah memperoleh pengalaman dan iktibar daripada sejarah itu.

“Sejarah ialah buku teks yang terbaik, dan ia patut dijadikan cermin sebagai panduan kepada perkembangan hubungan dua hala pada masa akan datang.” kata Xi.

Beliau menyatakan, situasi yang dihadapi hubungan China-AS buat masa ini tidak sesuai dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyatnya, malah juga tidak selaras dengan harapan masyarakat antarabangsa.

Sebagai pemimpin dua negara besar, menurut Xi, mereka perlu menggariskan hala tuju yang betul bagi hubungan China dan AS, dan melonjakkan hubungan itu ke tahap lebih tinggi.

“Seseorang negarawan bukan sahaja perlu memikirkan dan mengetahui hala tuju pembangunan negara sendiri, tetapi juga patut memikirkan dan mengetahui cara untuk mengendalikan hubungan dengan negara lain bahkan dunia.” ujar Xi.

Beliau menyatakan bahawa pada masa dan zaman ini, perubahan besar berlaku dalam cara yang tiada pada masa dahulu, dan umat manusia juga menghadapi cabaran yang tidak pernah berlaku.

“Dunia kini berada di persimpangan. Ke mana akan kita pergi? Inilah soalan yang bukan sahaja menjadi perhatian kita, malah juga perhatian semua negara.”

“Dunia berharap China dan AS dapat mengendalikan hubungan dua hala dengan baik.”

“Rundingan hari ini menjadi tumpuan dunia. China dan AS perlu berganding bahu dengan negara-negara lain supaya menambah harapan, keyakinan dan daya penggerak kepada keamanan dunia, kestabilan global dan pembangunan bersama.” kata beliau.

Xi menyatakan bahawa beliau bersedia bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Biden mengenai isu strategik dalam hubungan China-AS, serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang lain. Beliau juga berharap untuk bekerjasama dengan Presiden Biden untuk membawa hubungan China-AS kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan mampan hingga memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara bahkan dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan