- Lain-lain
China dan Indonesia Setuju Bina Komuniti Berkongsi Nasib
Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Bali, Indonesia pada Rabu.
Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan bilateral, situasi semasa dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama, serta mencapai konsensus penting untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia dan membina komuniti berkongsi nasib China-Indonesia.
Menurut kedua-dua pemimpin itu, China dan Indonesia merupakan negara membangun besar dan entiti ekonomi baharu. Kedua-dua negara akan saling menyokong dalam usaha untuk mencapai Matlamat Seratus Tahun Kedua China dan sasaran penubuhan 100 tahun Republik Indonesia menjelang 2045.
Kedua-dua pemimpin itu menganggap bahawa pertemuan kali ini amat signifikan bagi perkembangan hubungan China-Indonesia.
Presiden Xi mengucapkan terima kasih kepada Presiden Jokowi serta kerajaan dan rakyat Indonesia atas sambutan mesra selama beliau berada di negara itu. Beliau turut mengeluarkan undangan kepada Jokowi untuk melawat ke China pada masa akan datang.
- China, Indonesia Ikrar Mantapkan Lagi Kerjasama
- Xi Jinping Bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo
- Isteri Presiden China Sertai Acara Pasangan Pemimpin G20
- Presiden Xi Jinping akan Tiba di Indonesia
- China Peneraju Pemulihan Global: Duta Indonesia
- Laluan Baharu Hubung Pelabuhan Xiamen, Pelabuhan Utama Asia Tenggara
- Kapal “Peace Ark” Lawat Jakarta
- HSR Jakarta-Bandung Ayunkan Langkah Signifikan untuk Operasi
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC