- Lain-lain
5 Panda Merah Liar Dirakam Berjalan dalam Salji
Video menunjukkan panda merah berjalan dalam salji (Video/People.cn)
Baru-baru ini, kakitangan stesen Cikai di provinsi Yunnan mendapati bahawa kamera inframerah yang dipasang di kawasan Gongshan telah merakamkan detik lima ekor panda merah keluar berjalan-jalan selepas turunnya salji.
Stesen Cikai kelolaan cawangan Pengurusan dan Perlindungan Gongshan, merupakan sebahagian Rizab Semula Jadi Negara Gunung Gaoligong.
Dalam rakaman video itu, panda merah kelihatan berbaris keluar dari hutan buluh. Ada yang badannya ditaburi salji nipis, ada pula yang bermain dengan kamera inframerah. Telatah comel haiwan ini memang mencuit hati.
Ramai yang sudah terbiasa melihat panda gergasi sebagai saudara dekat panda merah. Sebenarnya, walaupun kedua-duanya mempunyai perkataan “panda” dalam nama, dua jenis haiwan ini spesies yang berbeza.
Dari segi taksonomi, panda gergasi tergolong dalam order Karnivora, famili Ursidae, genus Ailuropoda. Haiwan ini diberikan perlindungan peringkat tertinggi. Meskipun juga dikelaskan dalam order Karnivora, panda merah tergolong dalam famili Ailuridae, genus Ailurus. Haiwan ini diberikan perlindungan peringkat kedua dan termasuk dalam Spesies Terancam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) 2015.
Di alam liar, panda merah mempunyai keperluan yang sangat tinggi dalam aspek tempat tinggal dan pembiakan, menjadikan perlunya habitat yang baik dan sumber makanan yang mencukupi. Video panda merah yang ditangkap kali ini menunjukkan perlindungan ekologi di Gongshan cukup lengkap, terbukti dengan kekayaan spesies di kawasan tersebut.