99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Akta AS, Punca Terjejas Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa

(CRI)Jumaat 02 Disember 2022

Dalam satu sidang rasmi Majlis Perdagangan Kargo (CTG) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang diadakan di Geneva baru-baru ini, wakil China menyuarakan keprihatinan serius terhadap siri langkah perdagangan yang bersifat diskriminasi dan sejumlah subsidi yang bersifat 'herot benyot' yang tercantum dalam Akta Pengurangan Inflasi (IRA) hasilan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sebagai punca terjejasnya rantaian industri dan pembekalan semikonduktor dalam senario global.

Pada sidang media yang diadakan Khamis, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata, China telah menganalisis fasal-fasal terbabit yang tidak selaras dengan peraturan WTO, dan menyifatkan akta AS itu punca terjejas perdagangan dan pelaburan antarabangsa, berserta kestabilan rantaian industri dan pembekalan. Beliau turut menyuarakan keprihatian yang serius terhadap amalan dwistandard dan hegemoni. Washington didesak menunaikan kewajipannya seperti yang ditetapkan WTO, dan bertindak memelihara kewibawaan dan keberkesanan sistem perdagangan multilateral.

"Kini, globalisasi ekonomi mengalami arus zaman yang bertentangan, dan pemulihannya pula berada dalam keadaan yang lemah. Mendepani cabaran global, China bersedia bersama dengan anggota WTO yang lain melaksanakan hasil yang tercapai dalam Sidang Peringkat Menteri Ke-12 WTO, giat melibatkan diri dalam rundingan pembaharuan WTO secara menyeluruh, menentang amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan, mengukuhkan peranan yang dimainkan WTO, agar menyumbang kepada usaha memelihara kestabilan rantaian industri dan pembekalan global dan menggalakkan pemulihan ekonomi sejagat," katanya lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan