- Lain-lain
OPEC Kekalkan Sasaran Pengurangan Minyak
(CRI)Isnin 05 Disember 2022
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara pengeluar minyak bukan OPEC mengadakan mesyuarat peringkat menteri ke-34 secara maya semalam, dan memutuskan untuk mengekalkan sasaran pengurangan pengeluaran minyak yang ditetapkan pada Oktober.
Pada mesyuarat peringkat menteri ke-33 yang diadakan pada 5 Oktober, negara anggota OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi dan negara pengeluar minyak bukan OPEC termasuk Rusia sebulat suara memutuskan bahawa pengeluaran minyak akan dikurangkan mulai November tahun ini.
Negara-negara itu menyasarkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak 2 juta tong sehari berbanding jumlah pengeluaran pada Ogos, bersamaan 2 peratus daripada purata permintaan minyak harian global.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang