99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Arah Pergiat Perlindungan Sistematik Warisan Budaya Tidak Ketara

(CRI)Isnin 12 Disember 2022

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan supaya usaha melindungi warisan budaya tidak ketara secara sistematik terus dipergiatkan.

Bulan lalu, teknik membuat teh tradisional China dan adat resam berkaitan berjaya dimasukkan dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Xi menyifatkan pengiktirafan UNESCO itu sebagai amat signifikan bagi menyemarakkan budaya teh China.

“Adalah perlu untuk mempergiat perlindungan sistematik warisan budaya tidak ketara demi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat dari segi kerohanian dan budaya, serta mengukuhkan keyakinan terhadap budaya bangsa,” katanya.

Beliau turut menekankan perlunya usaha digandakan untuk menggalakkan transformasi kreatif dan pembangunan inovatif budaya tradisional yang unggul, memperdalam interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza, di samping mempromosikan budaya China ke seluruh dunia.

Setakat ini, sejumlah 43 item China diiktiraf dalam senarai warisan budaya tidak ketara UNESCO, menduduki tempat pertama di dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan