- Lain-lain
Hubungan UAE, Arab Saudi Kukuh dan Mampan
Pemerkasaan perkongsian strategik yang kukuh dan mampan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan Arab Saudi selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat, kata Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan.
Semasa pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan di Abu Dhabi pada Ahad, Sheikh Abdullah berkata perkara itu juga bermanfaat untuk memelihara kestabilan dan keselamatan rantau malah dunia.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Faisal atas kejayaan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak China-Negara Arab yang diadakan di Riyadh.
“Sesi sidang berkenaan akan membantu mengukuhkan hubungan dua hala yang sudah membuahkan hasil antara negara-negara di rantau ini dengan China.”
“Ia juga akan meningkatkan pembangunan mampan pihak terbabit dalam bidang ekonomi, di samping memberi kesan positif kepada keselamatan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” kata Sheikh Abdullah.
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi
- Semarakkan Semangat Muhibah, Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab
- Lawatan Xi Bawa Hubungan China-Arab ke Masa Depan Lebih Indah
- China, Arab Kongsi Visi Pembangunan
- Kerjasama BRI China-Arab Terus Berputik
- Dorong Hubungan China-Arab Saudi Capai Kemajuan Baharu: Xi
- Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif China, Arab Saudi: Xi
- Xi Dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Universiti Raja Saud
- Kerjasama China-Arab Lakar Kecemerlangan
- Xi Bertemu dengan Raja Arab Saudi