99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Program Biasiswa Beri Manfaat kepada Mahasiswa Myanmar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 19 Disember 2022

Program biasiswa dan geran Bank of China (BOC) telah dilancarkan secara rasmi di ibu kota komersial Myanmar, Yangon, memberi manfaat kepada 100 orang pelajar Universiti Yangon.

Wine Thiri Aung, pelajar baharu jurusan hubungan antarabangsa dan sains politik adalah salah satu daripada 100 penerima biasiswa.

"Ketika berdepan dengan kesukaran untuk belajar, geran yang kami terima sekarang sangat membantu kami untuk meneruskan pengajian," katanya.

Bagi pihak rakan-rakannya, Wine mengucapkan terima kasih kepada BOC kerana menyediakan geran, pada majlis pelancaran biasiswa itu.

"Kami akan menggunakan geran untuk pendidikan kami dan kami akan berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang," katanya. Beliau menambah bahawa mereka akan turut gigih berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan Myanmar.

Khin Chit Chit, prorektor Universiti Yangon turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada BOC kerana menyediakan biasiswa dan geran berkenaan.

Pada masa ini, terdapat banyak kesukaran yang timbul di seluruh Myanmar akibat pandemik COVID-19, katanya.

"Terdapat ramai pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran kerana masalah kewangan," ujarnya lagi. "Program biasiswa ini sangat membantu pelajar miskin untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Yayasan China untuk Pembasmian Kemiskinan Myanmar kerana bersama-sama menganjurkan majlis pelancaran biasiswa BOC. Beliau memberitahu bahawa pejabat itu sedang melaksanakan lebih daripada 10 projek, termasuklah program biasiswa Paukphaw, program anugerah persahabatan China-Myanmar, projek pek panda, dan projek senyuman kanak-kanak.

(foto: Xinhua)

Bercakap pada majlis itu, Than Than Swe, gabenor Central Bank of Myanmar (CBM), mengucapkan terima kasih kepada BOC atas sumbangannya kepada sektor pendidikan Myanmar.

"Program biasiswa bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada penerima malah secara tidak langsung kepada keluarga mereka serta pembangunan sosioekonomi dan sumber manusia negara," kata gabenor CBM itu.

Berucap pada majlis itu, Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai berkata, China telah menyediakan program biasiswa untuk pelajar Myanmar melalui pelbagai saluran di samping membuka peluang untuk belajar di China, membantu negara Asia Tenggara membina kumpulan bakatnya bagi pembangunan masa hadapan.

China bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Myanmar dalam bidang pendidikan dan kemanusiaan. China juga akan memberi sokongan kepada universiti dan institusi Myanmar dalam memperdalam kerjasama dengan rakan sejawat mereka dari China, kata Duta tersebut.

Pegawai eksekutif kanan dari BOC dan Yayasan China untuk Pembangunan Luar Bandar turut menyertai acara itu melalui pautan video masing-masing dari Beijing dan Hong Kong.

Program BOC menyediakan bantuan kewangan kepada 100 pelajar dari Universiti Yangon setiap tahun melalui biasiswa dan geran untuk empat tahun akan datang.

(foto: Xinhua)

Gaya Hidup