- Lain-lain
UNSC Diharap Berhati-hati dalam Tangani Isu Myanmar
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mesti berhati-hati ketika bertindak menangani isu Myanmar. Ini ditegaskan wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun selepas UNSC menjalankan pengundian mengenai isu Myanmar semalam.
Katanya, tiada terapi segera malah tiada pakej luaran juga bagi penyelesaian isu Myanmar. Masyarakat antarabangsa perlu terus mendengar pendapat daripada ASEAN, menghormati “cara ASEAN”, menyediakan ruang dan masa kepada ASEAN untuk memainkan peranannya dalam menangani isu itu.
Zhang berkata, UNSC mesti berhati-hati ketika mengambil tindakan terbabit. Modus operandi yang secara membuta memberikan tekanan bahkan mengancam dengan tindakan sekatan, hanya akan meruncingkan pertentangan dan merumitkan situasi semasa. Menurut Zhang, China dengan ikhlas berharap masyarakat dan ekosistem politik stabil di Myanmar, rakyat hidup aman dan pembangunan negaranya mantap. Sejak berlakunya perubahan dalam situasi politik Myanmar, China kekal mengambil sikap yang objektif dan adil menasihati pihak-pihak terlibat menjalankan rundingan damai di samping menghulurkan bantuan semampu mungkin kepada Myanmar dalam menangkis wabak dan memperbaiki kehidupan rakyat. China berharap UNSC agar memilih arah yang betul dengan mengekalkan penyelesaian politik dan mengambil langkah yang berfaedah bagi pemeliharaan kepentingan asas rakyat Myanmar dan kemakmuran dan kestabilan serantau.