- Lain-lain
China Sambut Baik Keputusan Adil WTO
China menyambut baik keputusan adil yang dibuat oleh kumpulan pakar Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap kes pertikaian perdagangan Hong Kong, China dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai langkah Ketetapan Kastam Tempat Asal (ROO).
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning dalam siding media pada Khamis sebagai respons terhadap laporan WTO yang menyatakan pelaksanaan ROO oleh AS telah melanggar peraturan organisasi perdagangan antarabangsa itu.
(foto: Kementerian Luar Negeri China)
Mao menyatakan bahawa status Hong Kong sebagai kawasan kastam yang berasingan diluluskan oleh kerajaan China dan disahkan oleh ‘Undang-undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China’.
Kata Mao, perkara itu sekali gus membawa makna bahawa ia ditubuhkan oleh peraturan pelbagai hala WTO, dan bukan diberikan secara sepihak oleh mana-mana negara anggota semata-mata.
“AS yang menyalahgunakan konsep keselamatan negara dan mempolitikkan isu perdagangan, adalah tindakan melanggar peraturan WTO dan tidak memenuhi kepentingannya sendiri,” tegasnya.
(foto: Kementerian Luar Negeri China)
Mao turut menggesa AS menghormati keputusan kumpulan pakar WTO tersebut, mengambil tindakan praktikal untuk membetulkan amalan yang salah, mengekalkan sistem perdagangan pelbagai hala berteraskan WTO, dan memelihara peraturan perdagangan antarabangsa yang normal.
“China mengekalkan dasar ‘satu negara, dua sistem’, dengan tegas menentang campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal Hong Kong, menyokong Hong Kong dalam mengekalkan statusnya sebagai kawasan kastam yang berasingan.
“China turut menyokong Hong Kong dalam menyatukan dan meningkatkan statusnya sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa,” tambah beliau.
- Henti Memfitnah Hong Kong, Jangan Semakin Salah
- Hong Kong Adakan Pemilihan Tambahan LegCo
- Beijing Selar AS Senarai Hitam 36 Entiti China
- Jambatan Rentas Teluk Tseung Kwan O HK Dibuka
- AS Digesa Berhenti Politikkan Isu Ekonomi
- Hong Kong Perkukuh Kedudukan Pusat Kewangan Antarabangsa
- Lima Pameran Teknologi Musim Luruh HKTDC Dirasmikan di Hong Kong
- Hong Kong, Entiti Ekonomi Paling Bebas di Dunia