- Lain-lain
AS Tidak Berhak Campur Tangan Urusan Tibet
Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) beralasan “hak asasi manusia Tibet” melakukan sekatan haram terhadap dua orang pegawai China. Sehubungan itu, China pula mengambil sekatan terhadap Yu Maochun dan Todd Stein sebagai tindakan balas.
Ketika menjawab soalan berkenaan, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menyatakan bahawa perbuatan AS itu pasti akan mengundang bantahan tajam daripada China sebab itulah tindakan yang mencampur tangan urusan dalaman China dan melanggar prinsip asas hubungan antarabangsa.
Sebagai respons terhadap perbuatan salah pihak AS, China membuat keputusan untuk melakukan langkah sekatan terhadap bekas penasihat Setiausaha Negara AS bagi hal ehwal China, Yu Maochun dan Naib Pengarah Pejabat “Jawatankuasa China Kongres-Badan Pentadbiran”, Todd Stein.
Mao Ning dalam sidang akhbar tersebut menekankan bahawa hal ehwal Tibet merupakan urusan dalaman China. Oleh itu, AS tidak berhak dan tidak layak untuk melakukan campur tangan. Washington didesak segera membatalkan apa yang disebut ‘sekatan’ itu di samping menghentikan tindakan yang biadab dan angkuh.