- Lain-lain
Nilai Kontrak Pelaburan Asing di China Meningkat 9.9%
Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan China Jumaat lalu, nilai kontrak pelaburan asing yang terlaksana di seluruh negara China pada 11 bulan pertama tahun ini meningkat 9.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan mencatat RMB1.15609 trilion (RM732 bilion). Jika dikira mengikut dolar Amerika, peningkatan itu mencecah 12.2% dengan menokok USD178.08 bilion.
Antaranya, nilai kontrak pelaburan asing yang terlaksana dalam industri perkhidmatan meningkat 0.9% dengan mencatat sebanyak RMB842.61 bilion (RM533 bilion). Selain itu, industri berteknologi tinggi menyaksikan peningkatan 31.1%, antaranya industri pembuatan berteknologi tinggi melambung 58.8%, manakala industri perkhidmatan berteknologi tinggi naik 23.5% .
Pelaburan yang terlaksana dari Korea Selatan, Jerman, Britain dan Jepun masing-masing meningkat 122.1%, 52.6%, 33.1% dan 26.6%.