- Lain-lain
Langkah Kawalan Wabak Diubahsuai Mengikut Perkembangan Situasi
Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China mengeluarkan pengumuman pada Isnin, menamakan semula COVID-19 sebagai “jangkitan coronavirus baharu” daripada “pneumonia coronavirus baharu”. Selain itu, bermula 8 Januari 2023, China akan menurunkan langkah kawalan COVID-19 dari kelas A ke kelas B, berdasarkan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di negara ini. Individu yang positif COVID-19 tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin.
Sementara itu, ujian saringan tidak lagi dijalankan terhadap pelancong asing dan barangan.
Inilah pengubahsuaian terkini terhadap langkah pencegahan dan kawalan wabak di China, dan ia dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap mutasi virus, perkembangan situasi, dan pengalaman kawalan wabak. Pengubahsuaian ini mematuhi inisiatif mencari kebenaran daripada fakta, mengoptimumkan pencegahan wabak yang tepat dan mengikut prinsip mendahulukan keselamatan nyawa rakyat.
Dalam pengumuman tersebut, 12 tindak balas turut disenaraikan, antaranya termasuk meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam golongan warga emas, memenuhi keperluan pesakit terhadap ubat dan ujian, meningkatkan peruntukan dalam pembinaan sumber perubatan, dan memperkukuh pencegahan dan kawalan wabak di kawasan luar bandar.
Pada masa sama, kerajaan China akan mengoptimumkan lagi pengaturan untuk kedatangan warga asing untuk tujuan kerja, perniagaan, pembelajaran, lawatan keluarga dan sebagainya, memudahkan pemberikan visa kepada mereka, memulihkan semula keluar masuk pelancong di laluan darat dan laut secara berperingkat, dan memulihkan perjalanan warga China ke luar negara. Tindakan ini akan menjadikan pertukaran antara China dan luar negara lebih mudah, selamat, teratur dan cekap, selain akan membantu menyelaraskan pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi.
Dalam pada itu, perjalanan rentas wilayah rakyat China pulih semula berikutan pelaksanaan "Sepuluh Langkah Baharu" pada bulan ini. Restoran dan panggung wayang di bandar besar seperti Beijing dan Shanghai telah dibuka satu demi satu. Dari provinsi Zhejiang dan Jiangsu di kawasan pantai timur ke Hunan dan Sichuan di kawasan tengah dan barat, perusahaan sibuk menyambung semula kerja dan pengeluaran, dan memulakan semula promosi pelaburan rentas sempadan.
Morgan Stanley baru-baru ini mengeluarkan Tinjauan Ekonomi Makro Global 2023 dan menganggap bahawa momentum pertumbuhan ekonomi global tahun depan tidak mencukupi, namun ekonomi Asia adalah yang paling optimistik, dengan China dan India akan menerajui pembangunan Asia.
- China Umum Peraturan Baharu Mudahkan Pergerakan Rentas Sempadan
- Tingkatkan Perlindungan terhadap Keselamatan Nyawa dan Kesihatan Rakyat: Xi
- Faktor China Kekalkan Sekatan Ketat COVID-19 Selama Tiga Tahun
- Objektif Perjuangan Melawan Wabak Selama Tiga Tahun Tercapai
- COVID-19: Pengorbanan Ekonomi China, Berbaloi Atau Tidak?
- Pastikan Peralihan Lancar Fasa Respons COVID-19: Naib PM
- COVID-19: China Tamatkan Perkhidmatan Kod Perjalanan Digital
- Tiga Tahun Saksi China Tingkat Tahap Tadbir Urus: Pakar NHC
- COVID-19: Perjuangan China Letak Asas Optimumkan Strategi Lawan Wabak
- Pencegahan dan Kawalan COVID-19 Kekal Tepat dan Pantas di China