- Lain-lain
Stesen Angkasa China Bakal Sambut Projek Antarabangsa Pertama
China melakar hasil yang cemerlang dalam industri angkasa lepas pada tahun ini. Prinsip kegunaan damai, kesaksamaan, sama menang dan pembangunan bersama adalah didahulukan dalam proses pembinaan stesen angkasa China.
Pada masa ini, beberapa negara telah mengajukan permohonan kepada China untuk menghantar angkasawan mereka untuk menyertai misi di stesen angkasa China, dan China sedang membuat pertimbangan berkaitan.
Persiapan untuk memberikan latihan kepada angkasawan asing juga dijalankan di negara ini.
Pada masa sama, beberapa projek pengaplikasian sains ruang angkasa yang dipilih secara bersama China dengan Jawatankuasa Kegunaan Damai Angkasa Lepas (COPUOS) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang dilaksanakan mengikut rancangan. Muatan yang berkaitan dijangka akan dihantar ke stesen angkasa China pada tahun 2023.
- Sampel Eksperimen Shenzhou-14 Diserahkan kepada Saintis
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran
- Lima Bulan Kru Shenzhou-14 di Angkasa Lepas
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Akan Dilancarkan pada Masa Sesuai
- Padi Ditanam di Stesen Angkasa China Tumbuh Biji Kecil!
- Belia Afrika Sertai Sesi Interaksi Bersama Angkasawan China