- Lain-lain
Laporan E-dagang Guangxi: Produk ASEAN Tunjuk Potensi Besar
Laporan Pembangunan Tahun Baharu E-dagang Guangxi telah dikeluarkan. (Foto ihsan Jabatan Perdagangan Guangxi)
Gala Festival E-dagang Tahun Baharu Laluan Sutera Baharu Guangxi dan majlis pelancaran Festival Beli-belah Tahun Baharu Dalam Talian telah diadakan di Pusat Komoditi Khas China-ASEAN. Dalam tempoh antara pukul 8.00 malam 31 Disember 2022 hingga 12.30 tengah malam 1 Januari 2023, Laporan Pembangunan Tahun Baharu E-dagang Guangxi turut dikeluarkan.
Laporan itu menunjukkan terdapat trend yang jelas ke arah peningkatan penggunaan dalam talian bagi barangan Tahun Baharu di Guangxi, dan bandingan peningkatan harga seunit bagi setiap pelanggan pada 2022 adalah lebih daripada 7% tahun ke tahun.
Perlu dikongsikan bahawa jualan siaran langsung barangan Tahun Baharu di sini menghampiri 300 juta. Industri seperti mutiara asli, kereta, teh dan peralatan katering telah berkembang laju menerusi saluran siaran langsung, wadah yang memperlihatkan kenaikan jualan melebihi 150% tahun ke tahun.
Di samping itu, barangan import ASEAN menampakkan potensi pasaran yang besar, dan harga seunit seorang pelanggan per kapita telah meningkat lebih daripada 110% tahun ke tahun. Antara produk import ASEAN yang lebih popular dan mempunyai potensi pasaran yang cerah ialah kopi Vietnam, durian Thailand, dan sarang burung kering Malaysia.
Laporan Pembangunan Tahun Baharu E-dagang Guangxi telah dikeluarkan. (Foto ihsan Jabatan Perdagangan Guangxi)
Cai Lixin, ahli Jawatankuasa Tetap Guangxi bagi Parti Komunis China merangkap Naib Presiden Eksekutif Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menyampaikan ucapan di majlis pelancaran itu.
Katanya, Guangxi amat mengambil berat terhadap pembangunan e-dagang dan menyokong perkembangan perdagangan asing yang berbentuk baharu seperti e-dagang rentas sempadan. Guangxi telah berjaya melancarkan siri aktiviti promosi seperti “Pesta Beli-belah 33 Guangxi” serta merangsang kedinamikan pasaran dan meningkatkan keyakinan pelabur dengan berkesan.
Aktiviti ini juga akan dimanfaatkan untuk mewujudkan pola perbelanjaan baharu yang lebih mengasyikkan, sambil memperdalam lagi kerjasama yang menyeluruh dan mendalam dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara lain yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan tujuan bersama-sama menerokai bentuk kerjasama e-dagang baharu yang saling menguntungkan, mendorong penaiktarafan penggunaan serta melonjakkan hubungan perdagangan.