- Lain-lain
Rel Antarabangsa Terpendek Asia Tenggara-Eropah Melalui Sichuan Dibuka
Pada 24 Disember, EMU Fuxing telah diuji sebelum pembukaan Kereta Api Xincheng-Kunming di Daerah Mianning, Provinsi Sichuan. (Foto dron) |
Pada pagi 29 Disember, kereta api China-Laos (Panzhihua) berlepas dari Stesen Kereta Api Panzhihua. Ini adalah kereta api kargo antarabangsa pertama selepas pelancaran Kereta Api Chengdu-Kunming baharu yang menghantar barangan Sichuan keluar menggunakan kereta api dan sekali gus mengeksport barangan ke negara ASEAN. Ini juga menandakan pembukaan rel antarabangsa dengan jarak terpendek, kecekapan tertinggi dan operasi paling stabil dari Asia Tenggara ke Chengdu melalui Panzhihua, juga ke barat negara China dan Eropah.
Kereta api pertama telah dipasang dan dihantar menerusi platform operasi provinsi Koridor Arah Selatan (Syarikat Pembangunan Koridor Darat-Laut Baharu Sichuan) di bawah Kumpulan Pelaburan Pelabuhan Provinsi dan Panzhihua. Terdapat 22 buah gerabak kereta api dan 24 kontena dengan nilai kira-kira 10 juta yuan. Semuanya sarat penuh dengan titanium dioksida, bahan binaan (jubin), produk mekanikal dan elektrikal dan produk industri lain di wilayah itu yang dijangka tiba di Vientiane, Laos dalam masa 3 hari, dan akan sampai ke Vietnam, Thailand dan negara ASEAN lain melalui kereta api penghubung atau jalan raya. Berbanding dengan cara pengangkutan laut sebelumnya, melalui landasan ini, keseluruhan proses itu dapat dipendekkan sebanyak lebih 15 hari.
ASEAN ialah kawasan pertumbuhan penting bagi perdagangan luar Sichuan, menyumbang hampir 20% daripada jumlah keseluruhan perdagangan wilayah itu. Landasan kereta api China-Laos yang dilalui oleh kereta api China-Laos ialah projek mercu tanda pembinaan bersama "Jalur dan Laluan". Pembinaan ini menggunakan piawaian teknikal China untuk menghubungkan ASEAN secara langsung. Pada 26 Disember, landasan kereta api Chengdu-Kunming baharu telah mula beroperasi, menandakan pembukaan laluan utama jambatan darat terpendek ke arah ASEAN yang juga menghubungkan Sichuan melalui landasan kereta api China-Laos.
- Kereta Api Vietnam-China-Kazakhstan Beroperasi
- Setahun Pengoperasian Kereta Api China-Laos
- Tren Kargo Zigong-Vientiane Mula Beroperasi
- Tren Pisang Pertama Rel China-Laos Tiba di Changsha
- Kereta Api China-Laos Signifikan dalam Kesalinghubungan Serantau
- Larian Kereta Api Laluan China-Laos Muatan Buah-buahan Pertama Tiba di Yunnan
- Perkhidmatan Kereta Api China-Laos Pamer Prestasi Cemerlang
- Kereta Api Yiwu-Xinjiang-Eropah Baharui Rekod
- Landasan Kereta Api China-Laos Bawa Faedah Besar kepada Laos
- Laluan Kereta Api China-Laos, Cerminan Pembangunan Berkualiti BRI China-ASEAN