- Lain-lain
Delegasi Sarjana, Tokoh Islam Lawat Xinjiang
Delegasi yang terdiri daripada pakar dan sarjana Islam yang terkenal dari 14 negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan Mesir selesai melakukan lawatan empat hari ke Xinjiang pada Rabu.
Lawatan itu membantu mereka mendekati dan menyaksikan pencapaian Xinjiang dalam usaha antikegasanan dan deradikalisasi, jaminan kebebasan beragama, serta pembangunan bermutu tinggi.
Delegasi pakar dan sarjana asing tersebut melawat pelbagai venue bersejarah, kebudayaan dan keagamaan di Urumqi, selain mengunjungi pameran tentang pencapaian Xinjiang dalam memerangi keganasan dan deradikalisasi.
Dalam lawatan tersebut, mereka menyatakan sokongan dan persetujuan terhadap usaha yang dilakukan Xinjiang.
Lawatan kali ini menyediakan satu peluang bagi tokoh-tokoh Islam dari luar negara untuk menyaksikan pembaharuan dan kestabilan, pembangunan usaha keagamaan yang sihat, serta jaminan hak asasi rakyat di Xinjiang.
“Kami telah melihat hasil kesungguhan kerajaan China di Xinjiang,”ujar Ketua Setiausaha Majlis Komuniti Muslim Sedunia (WMCC), Muhammad Bechari.
Beliau berkata, Xinjiang ternyata merupakan kawasan yang mempunyai pelbagai agama yang saling bertoleransi.
Menurut Bechari, umat Islam mendapat penghormatan di Xinjiang dan ia merupakan satu bukti jaminan kerajaan China terhadap hak asasi manusia berdasarkan undang-undang.
Pengerusi WMCC, Ali Rashid Al-Nuaimi pula memberitahu pihaknya telah melihat sendiri bagaimana penduduk tempatan menikmati kehidupan dan pembangunan.
“Kebahagiaan kehidupan mereka dapat kami rasai, dan China sedang membangun ke arah yang tepat.”
“Kami memahami perkara tersebut serta menghormati pemilihan rakyat China, dan merasakan bahawa dunia memerlukan kerjasama, bukanlah pemisahan,” tambah beliau.
Anggota delegasi tersebut turut menyatakan ketersediaan masing-masing untuk berkongsi pengalaman mereka di Xinjiang kepada lebih ramai rakyat di dunia, serta memperkenalkan Xinjiang yang lebih objektif dan komprehensif kepada masyarakat antarabangsa.