- Lain-lain
Usahawan China-Eropah Adakan Dialog Meja Bulat
Persatuan Perniagaan China Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Perniagaan China-Eropah bersama-sama mengadakan “mesyuarat dialog meja bulat pemimpin perniagaan China-Eropah” di Brussels Jumaat lalu.
Turut hadir, kira-kira 70 orang wakil kerajaan, sektor korporat dan media kedua-dua pihak, beserta pegawai peninjau yang ditugaskan Suruhanjaya EU. Perbincangan hangat terhadap kerjasama China-Eropah yang substantif menandakan bermulanya pemulihan pertukaran peringkat tinggi secara fizikal antara sektor korporat China-Eropah yang selama ini terganggu penularan wabak COVID-19.
Duta Muda Peng Gang yang bertugas di Pejabat pernigaan Misi China di EU, menyatakan ketika menyampaikan ucapannya bahawa perdagangan China-Eropah meningkat di sebalik ekonomi global yang menghimpit pada tahun yang lalu. Kerjasama kedua-dua pihak dalam perubahan iklim, pembangunan hijau, transformasi digital, infrastruktur dan kesalinghubungan terus diintensifkan. Diharapkan kedua-dua persatuan tersebut akan terus melantangkan suaranya dan bersama-sama menentang amalan perlindungan perdagangan.
Pengerusi Persatuan Perniagaan EU-China, Joerg Wuttke pula berkata, syarikat EU di China mempunyai harapan besar terhadap persekitaran perniagaan di negara itu akan terus diperbaiki, dan mereka juga berikrar akan mengekalkan urus niaga di China walaupun mendepani sedikit sebanyak rintangan.