- Lain-lain
Tawaran Peluang Kerja Baharu Sebanyak 12.06 Juta pada 2022
(CRI)Selasa 17 Januari 2023
Sebanyak 12.06 juta peluang kerja baharu ditawarkan di bandar dan pekan seluruh negara China pada tahun 2022, jauh lebih tinggi berbanding sasaran iaitu 11 juta, menurut statistik terkini Jabatan Statistik Negara (NBS) yang diumumkan hari ini.
Menurut taklimat, jumlah pekerja dari kawasan luar bandar mencatat 295.62 juta orang, menyaksikan peningkatan sebanyak 3.11 juta orang atau 1.1 peratus berbanding tahun 2021. Purata pendapatan bulanan pekerja dari luar bandar mencapai 4,615 yuan (RM2,955), meningkat 4.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang