- Lain-lain
China AS Bincang Isu Ekonomi dan Cabaran Global
Timbalan Perdana Menteri China yang juga ketua pihak China bagi dialog ekonomi komprehensif China-Amerika Syarikat (AS), Liu He mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen di Zurich, Switzerland pada 18 Januari.
Berkisarkan hasil pertemuan pemimpin China-AS di Bali, kedua-dua pihak telah membincangkan situasi ekonomi makro dan kewangan dunia dan kedua-dua negara, serta cabaran global yang dihadapi bersama.
Kedua-dua pihak percaya bahawa pemulihan ekonomi dunia berada pada saat kritikal buat masa ini. China dan AS meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam dasar ekonomi makro dan bersama-sama menangani cabaran dalam bidang ekonomi dan kewangan akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara malah dunia.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon serta transformasi ekonomi oleh pasaran baru muncul dan negara membangun.
Dalam pada itu, China menyatakan kebimbangan terhadap dasar ekonomi dan teknologi AS ke atas China dan berharap negara itu dapat mengambil berat kesan dasarnya terhadap kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk terus mengekalkan komunikasi ekonomi dan perdagangan di semua peringkat.