- Lain-lain
TBC Disambut Meriah di Pelbagai Negara
Pelbagai negara telah menganjurkan aktiviti menarik untuk menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) dan menyampaikan mogaan baik kepada rakyat China.
Bangunan tertinggi di Belgrade, ibu kota Serbia telah terpapar ucapan “Selamat Tahun Baharu Cina” dalam bahasa Mandarin dan bahasa Serbia pada malam 21 Januari waktu tempatan. Pertunjukan bunga api menarik ramai penduduk negara itu.
Perdana Menteri negara itu, Ana Brnabic mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada setiap rakyat China. Beliau berharap orang China di setiap pelosok dunia dapat mendengar ucapan mogaan baik daripada sahahat Serbia.“Semoga China semakin makmur dan baik.” katanya.
Pada hari yang sama, aktiviti sambutan TBC 2023 diadakan di Majlis Perbandaran The Hague, Belanda yang penuh dengan suasana meriah. Artis dari China dan Belanda memberikan persembahan tarian naga dan singa, tarian dan nyanyian serta seni silat Wusyu.
Datuk Bandar The Hague, Van Zanen mengucapkan selamat Tahun Arnab kepada rakyat China. Beliau berkata, ramai orang Cina dan perantau China yang tinggal di negara itu sekali gus menjadikan negara itu lebih majmuk.
“Saya suka akan makanan, budaya dan muzik China.” kata Van Zanen.
- Xi Ucapkan Selamat TBC kepada Anggota Tentera
- Penduduk Hainan Sibuk Beli Produk Hasil Laut untuk Malam TBC
- Antonio Guterres Rakamkan Ucapan Selamat TBC
- Presiden Xi Ucap Selamat Tahun Baharu kepada Seluruh Rakyat
- Pemimpin China, Vietnam Saling Ucap Selamat TBC
- Lampu Perayaan Terangi Kota Wuhan
- Beli Barangan Tahun Baharu, Rai Perjumpaan Keluarga
- Menikmati Adat Resam, Menyambut Tahun Baharu
- Seluruh China Meriah Dihias
- Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China