- Lain-lain
Menteri Pengangkutan Indonesia Sanjung Tinggi HSR Jakarta-Bandung
Pihak-pihak berkaitan dari Indonesia dan China diharap terus berusaha gigih untuk menyelesaikan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung demi pengoperasiannya menurut jadual.
Harapan itu dizahirkan Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi pada Sabtu.
Budi menjemput lebih 20 media perdana dari China dan Indonesia ke Stesen Tegalluar untuk melihat perkembangan pembinaan HSR tersebut.
Sebagai satu stesen penting dalam HSR Jakarta-Bandung, sebanyak 80 peratus projek pembinaan di stesen Tegalluar telah siap.
HSR Jakarta-Bandung yang menghubungkan Jakarta dengan bandar keempat terbesar Indonesia sepanjang 142.3 kilometer. Kelajuan maksimumnya boleh mencapai 350 kilometer sejam. Ia merupakan projek simbolik dalam pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan kerjasama pragmatik China dengan Indonesia.
Selain itu, ini juga kali pertama China membina HSR di luar negara dengan penuh sistem, komponen dan rantai perindustrian yang semuanya menggunakan teknologi dan standard China.
Selepas HSR itu siap, masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan daripada lebih tiga jam kepada 40 minit.
- Masyarakat Tempatan Sambut Baik Kejayaan Ujian HSR Jakarta-Bandung
- Ujian Operasi HSR Jakarta-Bandung Berjaya
- Kerjasama Dagangan, Pelaburan China-Indonesia Bawa Limpahan Manfaat
- HSR Jakarta-Bandung Siap untuk Ujian Bersepadu
- HSR Jakarta-Bandung Ayunkan Langkah Signifikan untuk Operasi
- Pemasangan Galang Kotak HSR Jakarta-Bandung Siap