- Lain-lain
Dagangan Perkhidmatan China Naik 12.9 Peratus pada 2022
(CRI)Selasa 31 Januari 2023
Perdagangan perkhidmatan China mengekalkan pertumbuhan pesat pada 2022 dengan jumlah import dan eksportnya mencecah RMB5.98 trilion (kira-kira RM3.75 trilion).
Angka itu meningkat sebanyak 12.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data disiarkan Kementerian Perdagangan hari ini.
Dalam pada itu, eksport perkhidmatan mencecah RMB2.85 trilion (kira-kira RM1.79 trilion), naik 12.1 peratus manakala jumlah importnya hampir RMB3.13 trilion (kira-kira RM1.97 trilion), menokok 13.5 peratus.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang