- Lain-lain
China Bantah AS Tembak Jatuh Belonnya yang Menyimpang
Naib Menteri Luar China, Xie Feng semalam mewakili kerajaannya mengemukakan bantahan kepada penanggungjawab kedutaan Amerika Syarikat (AS) berhubung tindakan Pentagon yang menembak jatuh satu belon tanpa pemandu yang diterbangkan China untuk kegunaan awam tetapi menyimpang hingga salah masuk ruang udara AS.
Menurut Xie, belon gergasi yang salah memasuki ruang udara AS itu merupakan satu peristiwa yang luar kawalan manusia, dan realiti itu tidak boleh diputarbalikkan atau dijadikan bahan fitnah. Bagaimanapun Washington yang berdegil dan bersikap tetap memilih menembak jatuh belon itu pada saat ia yang akan segera meninggalkan ruang udara berkenaan. Respons yang melampau itu ternyata membelakangi semangat dan kelaziman undang-undang antarabangsa, dan juga menjadikan usaha menstabilkan hubungan bilateral sejak pertemuan kemuncak kedua-dua pihak di pulau Bali terjejas. Beijing mendesak Washington mengelak daripada tindakan seumpama yang menjejaskan kepentingan milik pihaknya malah meruncingkan lagi ketegangan dalam situasi semasa. Sementara itu, kerajaan China yang berazam membela kepentingan perusahaan China, menjaga maruah negara dan berhak untuk mengambil langkah seperlunya, sedang bertindak pantas mengikuti perkembangan perkara itu.