- Lain-lain
Rubah Corsac Main Salji di Hulun Buir (6)
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 06 Februari 2023
Jurugambar amatur baru-baru ini bertemu dengan dua ekor rubah corsac di Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Huihe yang terletak di bandar Hulun Buir, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Dua ekor rubah itu bermain, kejar-mengejar dan mencari makanan di ladang berselimut salji tanpa takut akan manusia yang mendekat.
Difahamkan bahawa rubah corsac merupakan haiwan liar dilindungi negara peringkat kedua. Mamalia ini berhabitat di padang rumput, padang pasir dan tempat separa padang pasir dan memburu tikus, serangga, burung dan haiwan lain sebagai sumber makanan. Rubah corsac telah disenaraikan dalam Senarai Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) pada tahun 2008.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang