- Lain-lain
Barang Perubatan Kumpulan Pertama Palang Merah China Dihantar ke Syria
Pasukan penyelamat Palang Merah China beserta barang perubatan kumpulan pertama untuk kegunaan 5,000 orang telah bertolak dari Beijing ke kawasan bencana gempa bumi Syria pagi tadi.
(foto: CGTN)
Barang tersebut diangkut oleh pesawat perubatan khas Pusat Perkhidmatan Penyelamatan Palang Merah Beijing (999) atas permohonan Kedutaan Besar Syria dan Persatuan Bulan Sabit Merah Syria.
(foto: CGTN)
Setelah Turkiye dan Syria dilanda gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu, Palang Merah China segera menderma modal kemanusiaan kecemasan sebanyak USD200 ribu (RM862 ribu) kepada kedua-dua negara tersebut.
(foto: CGTN)
Palang Merah China akan terus mengikuti perkembangan situasi kemanusiaan di kawasan bencana kedua-dua negara tersebut dan permintaan berkenaan, manakala bersedia terus memberi bantuan kemanusiaan berdasarkan kemampuan milik sendiri.