- Lain-lain
Kru Angkasawan Shenzhou-15 Bakal Lakukan EVA Pertama
Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) memaklumkan bahawa kru angkasawan Shenzhou-15 akan melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) pertama dalam masa terdekat.
Difahamkan, kru Shenzhou-15 sudah berada di orbit selama 70 hari sejak memasuki kompleks stesen angkasa China pada 30 November 2022 dan turut berjaya menyelesaikan peralihan tugas dengan kru Shenzhou-14 di orbit.
Antara lain yang telah dilaksanakan oleh kru tersebut adalah termasuk melakukan pembukaan kunci dan ujian untuk kabinet eksperimen saintifik, membawa kargo keluar dari kabin, memeriksa stesen angkasa dan kapal angkasa lepas bermanusia serta persiapan EVA.
Dalam pada itu, ketiga-tiga angkasawan itu juga merayakan Tahun Baharu China (TBC) di stesen angkasa, selain melancarkan Pameran Seni Tiangong kedua dan pameran fotografi "Fotografi Global Tiangong".
Pada masa ini, kru angkasawan Shenzhou-15 berada dalam keadaan baik, kompleks stesen angkasa beroperasi dengan stabil, dan sesuai untuk menjalankan EVA, sekali gus mencerahkan cita-cita kru itu untuk 'berjalan' di angkasa buat kali pertama.
- Ungkapan Sering Digunakan dalam Liputan mengenai Angkasa Lepas
- Lengan Mekanik Bantu EVA Shenzhou-15
- China Berjaya Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-15 Sasarkan Penggantian Kru Dalam Orbit
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dilancarkan Pukul 11.08 Malam Esok
- Persiapan Pelancaran Kapal Angkasa Shenzhou-15 Selesai
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran
- Padi Ditanam di Stesen Angkasa China Tumbuh Biji Kecil!
- Kru Shenzhou-14 Berjaya Jalani Misi EVA Kedua
- Kru Shenzhou-14 Jalankan Misi EVA Kedua
- Teruja dengan Keindahan Ruang Angkasa Lepas