- Lain-lain
Xi: Pergiat Penyelidikan Asas, Perkukuh Kemandirian Teknologi
(CRI)Khamis 23 Februari 2023
Usaha mempergiat penyelidikan asas merupakan keperluan mendesak bagi mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi, dan juga jalan yang pasti dilalui ke arah gergasi teknologi.
Penekanan itu dibuat Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi pembelajaran kolektif ketiga Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Selasa.
Xi mengarahkan jawatankuasa PKC dan kerajaan segenap peringkat memasukkan penyelidikan asas ke dalam kerja penting berkaitan sains dan teknologi.
Beliau juga menuntut pihak terlibat memperkasa penyelarasan dan meningkatkan sokongan dasar bagi memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam usaha berkenaan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang