99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

AS Laung "Perangkap Hutang China": Pencuri Suruh Tangkap Pencuri

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 24 Februari 2023

Kartun oleh Tan Xiguang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Baru-baru ini, ada sesetengah ahli politik dan media Amerika Syarikat (AS) menjadikan satu sidang video peringkat global sebagai pentas untuk mereka mengata China dan mengulang-ulangkan naratif "perangkap hutang China".

Sidang video tersebut bertujuan membincangkan isu hutang global, dianjurkan oleh India selaku negara presiden bergilir Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia (WBG) dan Kumpulan 20 (G20).

Tidak lama sebelum ini, pegawai kanan AS menjalankan lawatan ke beberapa negara Afrika, di mana mereka mengaitkan beban hutang negara-negara berkenaan dengan China.

Sebenarnya, pencetus "perangkap hutang" yang membelenggu banyak negara membangun itu AS dan dunia Barat sendiri. Pelbagai laporan daripada institut antarabangsa dan penyelidikan profesional menunjukkan bahawa beban hutang luar negara-negara Afrika adalah terutamanya bon yang dipegang oleh pemiutang swasta Barat.

Perbuatan menyalahkan China tidak lebih daripada helah AS dan Barat untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa dan menafikan tanggungjawab sendiri. Bak kata peribahasa Cina "pencuri menyuruh orang menangkap pencuri", tiada gunanya perbuatan mereka bermain helah seperti itu.

Gaya Hidup