99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Krisis Ukraine Beri Banyak Pengajaran

(CRI)Isnin 27 Februari 2023

Beijing mengambil pendirian objektif dan adil dalam isu Ukraine, aktif menggalakkan rundingan damai serta berperanan konstruktif dalam menggerakkan penyelesaian krisis berkenaan.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin sempena genap setahun tercetusnya krisis Ukraine.

Wang berkata krisis Ukraine berlaku di Eropah, tetapi kesannya dirasai di seluruh dunia.

“Krisis terbesar di Eurasia sejak Perang Dunia Kedua (WWII) itu memberi banyak pengajaran kepada kita semua,” kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, pada Jumaat.

Walaupun Perang Dingin sudah berakhir namun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih lagi wujud, menurut Wang.

“Ia selalu bertindak melangkaui zon dan skop pertahanan konvensionalnya, malah mencetuskan ketegangan dan permasalahan di Asia Pasifik.”

“Pertubuhan itu sepatutnya merenung dan melihat kembali kelakuan diri sendiri. Janganlah cetuskan kacau-bilau di sana sini,” tambah beliau.

Wang mengingatkan blok ketenteraan itu bahawa amalan dwistandard boleh mengundang padah pada diri sendiri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan