- Lain-lain
China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi
China bersedia bersinergi dengan Kemboja untuk membentuk rangka kerjasama 'intan enam sisi', di samping menyokong negara itu membina 'koridor pembangunan perindustrian' dan 'koridor limpahan ikan dan beras'.
Demikian kata Presiden China Xi Jinping yang diiringi isterinya, Peng Liyuan semasa pertemuan bersama Raja Kemboja Norodom Sihamoni dan Bonda Ratu Norodom Monineath Sihanouk di Wisma Tamu Diaoyutai di Beijing pada Jumaat lalu.
Xi menyatakan persahabatan China-Kemboja kekal utuh, walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa.
Ikatan muhibah kedua-dua negara telah menjadi suri teladan bagi dunia, katanya.
Dalam pada itu, Raja Sihamoni dan Bonda Ratu Monineath mensyukuri bantuan dan sokongan ditawarkan China kepada Kemboja sejak sekian lama.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja.
Raja Sihamoni bertitah, Kemboja bersedia bersama China terus memantapkan pertukaran muhibah dan kerjasama dalam pelbagai bidang sekali gus menyemarakkan persahabatan tradisional yang dijalin antara kedua-dua negara.
- Perbincangan PM China-Kemboja
- Xi Jinping Ditemui Hun Sen
- PM Kemboja Bakal Lawat China
- Pusat Penyelarasan Laluan Pelayaran Selamat Myanmar Ditubuhkan
- CDB Beri Pinjaman USD50.6 Bilion kepada Negara ASEAN
- PM Li: China Berhemah Raikan Kecemerlangan Sebarang Tamadun Manusia
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- China, Kemboja Komited Perkasa Kerjasama
- Simposium Bertema 'Kongsi Nasib' di Kemboja