99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Ulangi Peri Penting Pembangunan Berkualiti Tinggi

(CRI)Isnin 06 Mac 2023

Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya memantapkan pembangunan berkualiti yang menjadi keutamaan dalam usaha membina negara sosialis moden secara menyeluruh.

Ketika menghadiri sesi perbincangan bersama delegasi provinsi Jiangsu sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Ahad, Xi berkata usaha perlu dilipatgandakan untuk mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi.

Beliau menyifatkan usaha itu sebagai jalan yang perlu dilalui China ke arah pembangunan berkualiti, dan juga kunci untuk membangunkan China sebagai negara sosialis moden seperti yang disasarkan.

Dalam pada itu, beliau mahu strategi pembangunan dipacu inovasi giat dilaksanakan, selain terus menyokong saintis menerajui projek penyelidikan rintis dan meningkatkan pengaplikasian serta tahap perindustrian hasil penyelidikan.

Usaha hendaklah dilakukan untuk membina pusat inovasi sains dan teknologi perindustrian yang berpengaruh di peringkat global, katanya.

Beliau berkata kesungguhan untuk mempercepat pembinaan sistem perindustrian moden adalah sangat diperlukan, dengan memfokuskan kepada ekonomi sebenar bagi memacu pertumbuhan domestik.

Menurut Xi, usaha mempergiat pembangunan berkualiti adalah demi kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, hasil pembangunan mesti terus diterjemahkan kepada kualiti hidup, dan memastikan tahap kepuasan serta rasa bahagia dan selamat seluruh rakyat terus meningkat.

Konsep 'rakyat didahulukan' menjadi inti pati pentadbiran Presiden Xi.

Sempena sidang tahunan NPC dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Xi sentiasa meluangkan masa duduk bersama wakil NPC dan anggota CPPCC untuk mendengar suara hati mereka. Jaminan kebajikan rakyat dan tadbir urus peringkat akar umbi antara perkara yang menjadi keprihatinan beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan