- Lain-lain
Xi Galak Sektor Swasta Perteguh Keyakinan, Terus Kembang Maju
Presiden China, Xi Jinping menggalakkan sektor swasta memperteguh keyakinan dan terus berkembang maju ke arah mewujudkan pembangunan yang sihat dan berkualiti.
Beliau membuat kenyataan itu ketika mengunjungi penasihat politik negara dari Persatuan Pembinaan Demokratik Kebangsaan China dan Persekutuan Perindustrian dan Perniagaan Seluruh China, yang menghadiri sesi pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) di Beijing, pada Isnin.
Mengambil peluang itu, Xi duduk bersama anggota CPPCC yang terdiri daripada ahli ekonomi, sarjana dan usahawan itu untuk mendengar suara hati serta cadangan mereka.
Beliau turut memberi galakan supaya sektor swasta terus maju ke hadapan, sekali gus menentukan hala tuju pembangunan sektor berkenaan.
Sektor swasta memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi, pekerjaan, kutipan cukai dan inovasi teknologi.
Merujuk kepada statistik, sektor itu menyumbang lebih 50 peratus daripada hasil kutipan cukai, 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 70 peratus inovasi teknologi, dan 80 peratus penawaran pekerjaan di bandar.
Xi menghargai sektor swasta sebagai kuasa penting dalam usaha merealisasikan matlamat Dua Seratus Tahun dan Impian China ke arah kebangkitan nusa dan bangsa.
Beliau menuntut syarikat-syarikat swasta supaya menterjemahkan konsep pembangunan baharu sehingga mencapai pembangunan berkualiti.
Xi juga mahu melihat lebih banyak modal swasta beralih ke projek utama negara serta projek membabitkan rantai bekalan dan perindustrian.
Beliau juga bervisi agar syarikat swasta dan perusahaan milik negara dapat bersama-sama menggalas tanggungjawab sebagai penggerak ke arah mencapai kemakmuran bersama seluruh masyarakat.
- CPPCC Terima 29,323 Usul dalam Lima Tahun Lalu
- Pengeluaran dan Penjualan BEV China No.1 Lapan Tahun Berturut-turut
- Sesi Pertama CPPCC Dirasmikan
- 'Saluran Wakil, Anggota dan Menteri' untuk Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023
- Sidang Akhbar untuk Sesi Pertama CPPCC Ke-14
- Tinjauan: Pendidikan, Kebajikan, Antirasuah Tumpuan Netizen Menjelang Sidang NPC, CPPCC
- Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023 Ditetapkan