- Lain-lain
Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama China-Sepanyol: Xi
Presiden China, Xi Jinping dan Raja Sepanyol, Felipe VI saling menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara, pada hari ini.
Xi Jinping dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa sejak penubuhan ikatan diplomatik antara China dan Sepanyol setengah abad yang lalu, kedua-dua negara menjunjung tinggi semangat saling hormat, sama rata dan saling menguntungkan, mengeratkan hubungan persahabatan, menggalakkan kerjasama, sehingga menjalin dan mengembangkan perkongsian strategik komprehensif, sekali gus memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
"Saya amat mementingkan pembangunan hubungan China dengan Sepanyol, dan bersedia bekerjasama dengan Raja Felipe VI untuk mengambil ulang tahun ke-50 penubuhan ikatan diplomatik kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu untuk mengukuhkan kepercayaan politik, mengembangkan kerjasama yang saling menguntungkan, meningkatkan persahabatan dalam kalangan rakyat, dan bersama-sama menulis lembaran baharu persahabatan dan kerjasama antara China dan Sepanyol”, kata Xi.
Raja Felipe VI pula dalam perutusannya menyatakan bahawa sejak terjalinnya ikatan diplomatik Sepanyol dengan China 50 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara berkembang mantap, kerjasama dalam pelbagai bidang berkembang baik, dan persahabatan dalam kalangan rakyat terus dieratkan.
“Kedua-dua negara dipercayai akan mengambil peluang sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik untuk meluaskan pertukaran lawatan dan kerjasama praktikal secara menyeluruh, dan berganding bahu untuk menangani cabaran global seperti perubahan iklim”, kata Felipe VI.
- Pertemuan Presiden China-Czech Secara Maya
- Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Slovenia
- PM Hungaria: Eropah akan Hilang Daya Saing Tanpa Kerjasama dengan China
- China, Hungary Ikrar Perkasa Kerjasama Pragmatik
- Eropah Terperangkap Ekoran Tindakan AS ‘Udang di Balik Batu’
- Ekonomi China, EU Saling Melengkapi dan Saling Untung
- China, EU Bersedia Perkasa Kerjasama Bilateral
- Presiden Majlis Eropah Bakal Lawat China
- Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Cuba